Pembelian rumah boleh menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.
Tetapi, pada masa yang sama ia juga boleh menjadi sesuatu tekanan dan bebanan kepada pembeli.
Kenapa?
Kebayakan orang muda memohon rumah mampu milik sebagai satu permulaan untuk memulakan hidup baru.
Dan ada juga ingin memilik rumah sendiri.
Tetapi, proses pembelian rumah hanyalah indah khabar dari rupa, di mana ia boleh menjadi jalan yang berliku jika anda masih mentah dan mempunyai pengalaman yang betul terhadap bidang hartanah.
Hal ini kerana pembelian satu rumah memerlukan masa dan wang jumlah yang mencukupi disertakan dengan pinjaman perumahan yang sangat merumitkan sebelum dapat hak milik rumah.
Sudah pasti, perjalanan memiliki atau membeli rumah keseluruhannya kelihatan panjang dan menakutkan.
Oleh itu, anda juga disarankan dulu untuk mengetahui cara kira loan rumah sebelum membuat sebarang keputusan untuk terus beli.
Sebelum itu, bagaimanakah anda boleh memulakan langkah atau memahami lebih mendalam tentang bidang hartanah?
Dalam artikel ini, marilah sama-sama kita terokai langkah-langkah beli rumah pertama anda supaya anda tidak membuat kesilapan yang mustahak.
1. Membuat Kajian yang Mendalam
Sebelum membuat satu keputusan besar seperti membeli rumah, anda hendaklah dulu memahami bidang hartanah atau cara kira nilai hartanah dengan kalkulator loan rumah.
Secara asas, anda hendaklah memahami asas-asas penting dalam hartanah Malaysia seperti jenis rumah, jenis tanah, jenis loan perumahan dan pemaju.
Dengan itu, anda dapat memastikan anda membeli rumah yang bersuaian terhadap kemampuan anda.
Anda boleh memulakan langkah dengan mengkaji beberapa faktor keperluan termasuklah lokasi, kemudahan awam serta nilai harga di kawasan tersebut.
2. Beli Berdasarkan Kemampuan
Kebayakan pakar kewangan akan menasihati bahawa ansuran pinjaman bulanan anda tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan isi rumah anda.
Sebagai contoh, anda mempunyai jumlah pendapatan gabungan sebayak RM 9000, maka pembayaran rumah anda tidak boleh melebihi RM 3000.
Terdapat juga individu di Malaysia yang tergesa-gesa melakukan pembelian rumah dengan menggunakan pinjaman peribadi dan menyebabkan kerugian yang besar.
Jadi, anda haruslah bijak menggunakan kewangan anda dan berdasarkan kemampuan sebenar anda dan bukan nafsu.
3. Ketahui Harga Purata Bagi Kawasan Tersebut
Seterusnya, anda harus melihat nilai pasaran hartanah kediaman semasa sebagai langkah untuk memahami lebih lanjut.
Anda boleh pergi laman sesawang di Internet untuk mengetahui lebih terperinci tentang nilai pasaran hartanah.
Selain itu, anda juga boleh bertanya kepada pemaju atau ejen hartanah tentang harga median per kaki persegi serta saiz unit dan bilangan bilik.
4. Bayaran Pendahuluan Yang Mencukupi
Secara amnya, jika beli rumah pertama, anda perlu mengeluarkan 10% daripada harga pembelian harta sebagai bayaran pendahuluan.
Manakala, harga pembelian rumah yang selanjutnya harus dibiayai melalui pinjaman bank seperti pinjaman islamik.
Sekiranya rumah sasaran anda berharga RM 400,000, anda perlulah menghasilkan RM 40,000 sebagai pendahuluan awal.
Walaupun standard industri adalah melalui pembiayaan 90% untuk pembeli rumah pertama, margin pembiayaan adalah berbeza mengikut jenis harta dan kredibiliti kewangan anda pada masa itu.
Bagi hartanah yang baru dilancarkan, banyak pemaju menawarkan rebat antara 2% hingga 5%.
Manakala, sebahagian hanya memerlukan anda sendiri untuk membayar yuran tempahan 1% atau 2% awal, yang kemudiannya menuju ke pembayaran pendahuluan.
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan membiayai rumah anda melalui pengeluaran EPF untuk beli rumah anda.
5. Memenuhi Syarat Pinjaman Rumah
Anda boleh memulakan dengan mengira nisbah hutang skor kredit anda, di mana merupakan satu faktor penting dalam memenuhi syarat untuk membuat pinjaman.
Pihak bank akan mengukur keupayaan pembayaran balik anda melalui nisbah hutang yang menunjukkan perkadaran hutang anda berkaitan dengan jumlah pendapatan anda.
Setiap bank akan mengena satu kadar maksimum DSR ke atas peminjam sebelum meluluskan permohonan peminjam.
Secara asasnya, nombor DSR anda tidak boleh melebihi 70%.